Hari istimewa
Hari ini ialah hari lahir isteri saya yang ke 25. Semenjak kami bersama, saban kali menjelangnya 2 Januari, saya tidak pernah lupa akan tarikh istimewa sempena kelahiran insan yang menjadi suri hidup saya ini. Tahun lalu, saya menghadiahkan isteri saya pokok bunga solar yang harganya tidaklah seberapa tetapi menjadi tanda bahawa cinta di alam rumah tangga ini pasti akan hidup jika sentiasa dibaja.
Sejak bulan lepas lagi,saya sudah merangka-rangka perancangan dan hadiah sempena hari lahir isteri saya. Alat perhiasan, beg tangan, kasut dan bermacam-macam cadangan yang saya utarakan kepada beliau di sambut dengan jawapan ” Tak perlu susah-susah, yang penting ialah ingatan suami saya kepada saya” lantas menambahkan kebuntuan saya untuk membuat keputusan. Malah cadangan saya untuk membuat kejutan sebuah percutian di Pulau Langkawi ( sekaligus honeymoon yang tertangguh) sekadar di balas dengan senyuman dan jawapan yang biasa ” Tak apa, kita simpan duit tu untuk perkara yang lebih penting ye “.
Persiapan ringkas
Minggu ini, saya tidak tersenarai di dalam jadual oncall. Awal-awal lagi, saya cuba memohon untuk oncall pada hujung minggu lain agar dapat meraikan hari lahir isteri saya bersama-sama beliau. Namun, otak saya kontang dari idea tentang apa yang yang ingin di beri sebagai hadiah kepadanya.
Kebetulan pula sehari sebelum hari lahirnya, saya sibuk dengan locum di klinik swasta kerana menggantikan kawan saya yang terpaksa bekerja double shift. Saya cuma sempat membalut buku yang saya beli 2 bulan lepas bertajuk ’ Khadijah, Kisah Cinta Sejati Rasulullah’ dan menulis kad hari lahir secara ringkas.
Bangun pada pagi hari ini, saya benar-benar kalut. Sudahlah terlewat, saya tidak membuat persediaan yang sepatutnya. Perancangan asal untuk memasak lasagna sebagai sarapan juga tidak menjadi kerana kekurangan bahan. Melihatkan kekecewaan di wajah isteri saya, terus saya keluar untuk mencari sesuatu sebagai sarapan kami.
Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba datang idea kononnya untuk membuat kejutan walaupun terlambat. Saya terus memandu kereta ke arah sebuah kedai kek ’ Secret Recipe ’ untuk membeli sebiji kek yang di tulis kata-kata ucapan di atasnya.
Saya sampai lebih kurang pukul 9.30 pagi di depan kedai tersebut dan menunggu ia di buka. Rupanya, kedai tersebut di buka agak lambat iaitu pada pukul 10.30 pagi. Sesudah membeli di situ, saya singgah di supermarket untuk membeli barangan tambahan lasagna yang di tangguhkan petang ini
Kerisauan yang merisaukan
Rupanya, saya telah keluar dari rumah hampir 4 jam. Isteri saya yang tinggal di rumah cukup bimbang dan risaukan ’kehilangan’ saya sejak pagi lagi. Kasihan isteri saya, sudahlah di kecewakan kerana hari jadinya di sambut tanpa persediaan, saya menambahkan lagi kerisauan di hatinya. Saya keluar tanpa membawa telefon tangan, pergi tanpa dapat dikenal pasti ke mana arah tuju saya, berpakaian santai waktu pagi menambah buntu di fikiran hati isteri saya.
Untuk isteriku yang tersayang, saya memohon beribu kemaafan seandainya diri ini banyak mengguris hati dan perasaanmu. Diri ini baru bertatih untuk mengenali jiwa seorang wanita yang sebenarnya cukup halus dan penuh seni dalam mengemudi bahtera perkahwinan ini.
Sempena hari lahir sayang, saya hadiahkan sebuah nasyid nyanyian ’For The Rest Of My Life’ nyanyian Maher Zain. InsyaAllah, lepas latihan vocal seminggu di dalam bilik air, saya akan nyanyikan sendiri lagu ini, khas untuk insan yang sentiasa menemani diri saya ketika susah mahupun senang. Semoga Allah Taala memberkatimu, ya habibati. Sanah Helwah !
9 responses so far ↓
Abdul Rahman A Shukor Tanta // Jan 14th 2010 at 6:23 pm
romantik betul dr. salman. cayok..cayok.
muhammad1983 // Jan 16th 2010 at 10:16 am
smoga SALMAN&SUMAYYAH berbhagia dunia akhirat!amin……
alQasam // Jan 18th 2010 at 1:21 am
…….,
all already being said,
terima kasih atas susah payah
terima kasih atas penat lelah
mahu menggembirakan isterimu ini
tidak minta dan perlu banyak
hanya berada di sisi
membesar dan belajar bersama
I’m already moved when you
didn’t do anytin’
and just giving me the love
that I never thought I will
Ever received
p/s: as we have discussed no more birthday celebration or whatever lepas ni ya. Maal hijrah dan ulangtahun perkahwinan hijri je kan? and please at least don’t ever leave the hp. pity me ney.. -_-
alQasam // Jan 20th 2010 at 2:23 am
btw: the promise to be Maher Zain 2, that been long awaited still be in my pocket. Nitpick. lalalala*sly grin.
daie // Jan 23rd 2010 at 8:04 am
Salam..
ustaz..kami..dai’e band..
dah baca blog ustaz..
semoga mendapat keredhaan Allah..
*ps:dont forget to bring ur phone after this..
Dai'e Band // Jan 24th 2010 at 9:57 pm
salam..
ustaz…kami dh baca post ustz psl nh..
*p/s:don’t frget 2 bring ur phone after this..hehe..
ainmasturah.blogspot.com // Jan 24th 2010 at 10:45 pm
semoga kehidupan kalian d berkati Allah swt dan d kurnian anak2 yang soleh solehah..
beruntungnya ustazah sumaiyah…
nak jadi macam ustazah gak..=)
Dr Ahmad Taqiuddin // Jan 30th 2010 at 12:05 am
Assalamualaykum ya habibi salman….what a romantic person you are “man”? hehe….The true salman finally revealed….Man…hidir lamo tak nulis doh ko?
Kawe doa ko demo semoga demo dapat anak cepat…semoga berbahagia selalu dunia dan akhirat…
Forget me not brother….Salam.
you know who // Jan 31st 2010 at 5:08 pm
Bila entry ni nak turun. segan dah lama-lama sangat kat atas ni…*thinking mode. draft banyak tu kan…
@daieband: ni Amir ke? jemput mai rumah kami dan main futsal nnt ya.
@ainmasturah: nak jadi macam tu ain? mcm mana tu..yg beruntung ke?
pening sikit ayat ain tu…:) amin dan jazakillah untuk doa
@akh Taqi: Shukran for the dua.
Leave a Comment